Jejak Warriors (2015) WEB-DL [720p]

seeders: 2
leechers: 2
Added on September 21, 2015 by Nukmanin Movies > Asian
Torrent verified.



Jejak Warriors (2015) WEB-DL [720p] (Size: 1.42 GB)
 Jejak.Warriors.2015.WEB-DL.720p.x264.AC3-LTTi.mkv1.42 GB


Description

LTTi RELEASE





Jejak Warriors | MKV | WEB-DL | 1.42GB | AC3 | Screen Res:1280X720 | Bitrate:2729Kbps

Bahasa : Bahasa Melayu
Sarikata : English

Pelakon :

Alif Firdaus sebagai Wan Raja
Nadiya Nisaa sebagai Nadia
Pekin Ibrahim sebagai Wan Hassan
Harun Salim Bachik sebagai Bapa Nadia
Ogy Ahmad Daud sebagai Lady Boss
Bell Ngasri sebagai Rahim/Pengawal Stadium
Radhi Khalid sebagai Farouk/Pengawal Stadium
Sabri Yunus sebagai Atuk
Watie Elite sebagai Sara
Husyairi Husain
Amir Raja Lawak sebagai pengikut ulat Tiket
Shuk SYJ sebagai Ulat Tiket
Dikir Warriors
Chew Kin Wah sebagai Bos pengawal stadium
Barisan pemain Kelantan FA turut terlibat, iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd Fitri Omar, Ahmad Fakri Saarani dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria.


Sinopsis
Wan Raja (Alif Firdaus) yang merupakan peminat tegar pasukan bolasepak Kelantan (TRW) dan dibesarkan di Johor Bahru.Kerana minat yang mendalam,dia sering berimaginasi berbual dengan pemain TRW iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd Fitri Omar, Ahmad Fakri Saarani dan Wan Zaharulnizam.Namun begitu, minatnya itu telah dihalang oleh bapanya, Wan Hassan (Pekin Ibrahim).Ibunya telah meninggal ketika rusuhan penyokong Kelantan pada tahun 2009. Setelah bapanya meninggal dunia akibat kemalangan di tempat kerja, Wan Raja berhasrat untuk bertemu pasukan TRW di Kota Bahru demi memenuhi cita-cita bapanya yang tidak kesampaian,iaitu untuk mendapatkan tandatangan para pemain TRW.Setelah membeli tiket bas untuk menyaksikan perlawanan antara Kelantan dan Pulau Pinang, begnya telah diragut. Wan Raja cuba menghalang peragut tersebut tetapi gagal. Seorang pemandu teksi (Harun Salim Bachik) melihat kejadian tersebut dan ingin membantu Wan Raja.

Pemandu teksi tersebut membawa Wan Raja ke rumahnya untuk bertemu dengan anaknya, Nadia (Nadiya Nisaa), seorang bekas penyokong tegar Johor Darul Ta'zim FC.Nadia, secara kebetulan ingin pulang ke Pulau Pinang kerana telah dipanggil oleh bosnya (Ogy Ahmad Daud).Nadia pada mulanya enggan, tetapi akhirnya akur setelah mendengar kisah Wan Raja yang ingin melunaskan impian bapanya.Setelah sampai di stadium, Wan Raja telah dijadikan "kambing hitam" ulat tiket (Shuk SYJ) dan ditangkap oleh pengawal keselamatan stadium,Rahim (Bell Ngasri) dan Farouk (Radhi Khalid).Setelah disoal siasat oleh bos pengawal stadium (Chew Kin Wah), Wan Raja membantu pihak keselamatan untuk menangkap ulat tiket.

Bos pengawal stadium tersebut terharu akan kesungguhan Wan Raja lalu memberi dia sedikit wang dan satu tiket perjalanan ke Kelantan.Bos tersebut memuat naik gambar dan kisah Wan Raja ke Instagram dan kisah Wan Raja mulai viral. Selepas Nadia tersedar yang dia masih belum mengambil Wan Raja dari stadium, dia kembali ke stadium untuk mencari Wan Raja tetapi gagal.Tindakannya yang keluar dari pejabat itu telah menyebabkan bosnya marah.Akibat dimarahi oleh bosnya, Nadia berhenti kerja.Ketika bas berhenti sebentar di Jeli, Wan Raja menunaikan solat hajat.Selepas habis solat hajat, dia ditinggalkan basnya itu.Wan Raja kemudiannya berjalan kaki untuk ke Kota Bharu.Kerana kepenatan, Wan Raja pengsan di tepi jalan dan dibawa ke hospital oleh orang awam.

Nadia kembali ke kampungnya di Johor Bharu.Setelah ditenangkan oleh bapanya,kisah Wan Raja yang terdampar di hospital viral di Twitter.Nadia pun ke Kota Bharu untuk bertemu dengan Wan Raja.Sebaik sahaja tersedar, Wan Raja mulai putus asa.Nadia yang baru sampai telah diherdik oleh Wan Raja kerana marah.Setelah Wan Raja melihat kisah mengenainya di televisyen, dia kembali mengikut Nadia untuk ke Stadium Sultan Mohammed Ke IV untuk menyaksikan perlawanan Piala Malaysia antara Kelantan dan Johor Darul Ta'zim.

Mereka berjalan kaki ke stadium setelah tersekat di jalan akibat kesesakan jalan raya. Wan Raja disambut oleh para penyokong Kelantan di sana.Wan Raja dan Nadia telah dikejar oleh pengikut ulat tiket sebelum ini (Amir Raja Lawak).Setelah memasuki padang, ulat tiket itu berkonfrontasi dengan pemain Kelantan yang cuba melindungi Wan Raja.Selepas itu, Wan Raja dibawa berjumpa dengan presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Hj. Annuar Musa oleh lagenda bola sepak Kelantan, Mohd Hashim Mustapha.Wan Raja dan Nadia pun menonton perlawanan bola sepak itu yang berakhir dengan kemenangan Kelantan.Selepas perlawanan tamat, Wan Raja berjaya mendapatkan kesemua tandatangan pemain TRW.Wan Raja kemudiannya dibawa untuk bertemu dengan atuknya (Sabri Yunus).Wan Raja kemudiannya menziarahi kubur ayahnya dengan membawa bola yang bertandatangan tersebut

Related Torrents

torrent name size seed leech

Sharing Widget


Download torrent
1.42 GB
seeders:2
leechers:2
Jejak Warriors (2015) WEB-DL [720p]